guru sk serilalang

Jumaat, 13 Julai 2012

Tanda masuk dan luput waktu solat


1. Masuk waktu Solat Subuh itu apakala terbit fajar iaitu kita lihat mendung mereh di ufuk Timur dan tamat waktunya apakala kita melihat mega kuning di bahagian Timur sudah lenyap;
2. Masuk waktu Solat Zohor apabila tergelinciri matahari, iaitu jika ditegakkan sebatang kayu atau pancang, sudah boleh kelihatan bayang-bayangnya;
3. Masuk waktu Solat 'Asar ketika melihat kayu atau pancang yg dipacakkan itu mempunyai bayang-bayang sama panjang dengan kayu atau pancang tersebut dan luput waktu 'Asar ketika bayang-bayang kayu atau pancang yg dicacakkan itu dua kali panjang kayu atau pancang tersebut;
4. Masuk waktu Solat Maghrib ketika matahari sudah tenggelam dan luput waktu Maghrib itu ketika ketika sudah malam hari, yakni ketika mega merah arah Barat sudah hilang (i.e. waktu masuk dan waktu luput Maghrib itu pendek sahaja, kira-kiran 30 minit sahaja); dan
5. Masuk waktu Solat Isya' ketika hilang mega merah di ufuk arah Barat dan tamat waktunya ketika hilang gelap atau kegelapan malam hari i.e. waktu Isya' itu panjang.
 Demikianlah sunnah sebagai panduan kita dalam menentukan masuk dan luputnya waktu-waktu solat fardu, jikalah kita tiada sesuatu untuk memberi kita tahu waktunya.
Jazakallahu khairah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan