guru sk serilalang

Sabtu, 28 Februari 2009

KURIKULUM UNIT PKK


KURIKULUM UNIT PKK

Lencana Keahlian





LENCANA WAJIB ( Pilih Satu )
LENCANA PENUNGGANG BASIKAL LENCANA PENUNGGANG BASIKAL


1. Berinteraksi dengan Penilai (Pemimpin) mengenai undang-undang jalan raya dan peraturan berbasikal.

2. Mengetahui dan mengamalkan 10 peraturan semasa menunggang basikal.

3. Menunjukkan cara memberikan isyarat tangan semasa berbasikal.

4. Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.

5. Menjaga basikal seperti:-

a) membaiki kerosakan kecil

b) membubuh gris pada komponen yang memerlukan.

c) menjaga kebersihan basikal.

d) menukar lampu yang tosak.

e) menukar getah brek.

f) mengetahui nama bahagian basikal.

6. Mengetahui 10 isyarat jalan raya seperti:-

a) berhenti di simpang jalan.

b) dilarang masuk

c) lampu isyarat di hadapan.

d) lampu merah,lampu kuning,lampu hijau (maksud warna)

e) ikut arah ini.

f) hospital

g) telefon awam

h) dan lain-lain.

7. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Pemimpin (penilai) serta menguji mengenai peraturan jalan raya, isyarat tangan dan lain-lain.


LENCANA AHLI RENANG LENCANA AHLI RENANG

1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)

2. Menunjukkan kepada Pemimpin (Penilai) kemahiran berenang seperti:-(teori)

a) keselamatan diri di dalam air.

b) cara timbul tenggelam.

c) cara tarik dan hembus nafas.

d) menahan nafas.

ATAU

a) cara luncur / meniarap / tendang / keribas / cara gaya rangkak tangan di lutut/tangan di atas kepala / gerakan tangan /tendang rejang (teori)

3. Cara junam / terjun kaki lurus /junam depan layang (teori)

4. Cara gerakan kaki / gerakan tangan / kordinasi tangan kaki /kuak dada(teori)

5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 30 meter. ( berenang di dalam air aras pinggang)

6. Berenang mengapar menimbulkan diri,berenang cara terlentang atau cara-cara lain. ( berenang di dalam air aras pinggang)
(Nota: Latihan/Ujian ini mesti dijalankan di bawah pengawasan orang dewasa.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan