guru sk serilalang

Ahad, 14 Februari 2010

LENCANA KERIS PERAK



Lencana Keris Perak

1 Kesetiaan
1. Boleh menyanyi Lagu Kebangsaan “Negaraku dan Lagu Negeri masing-masing sama ada berseorangan atau beramai-ramai.
2. Mengetahui lambing kandungan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing (di mana pengakap kanak-kanak itu tinggal) dan mengetahui cara melipat bendera untuk disimpan serta melukisnya.
3. Mengetahui dan melukis Lambang Pengakap Malaysia.
4. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Besar atau Ketua Menterinegari negara berkenaan.
5. Mengetahui Persetiaan dan Undang- undang Pengakap serta maknanya mengikut keboleh kadar umurnya.
6. Mengecam dan mengemali Penolong Pesuruhjaya Pengakap Kanak-kanak dan nama penuh mereka.
7. Mengetahui sejarah ringkas perkembangan pengakap dan juga nama tokoh pengakap di daerahnya.
8. mengetahui rukun sembahyang.
(contoh, bagi penganut yang beragama Islam);
1.1.1 Mengetahui Azan dan Iqamah.
1.1.2 Mengetahui masuknya waktu sembahyang bagi setiap waktu yang lima. (Sembahyang fardhu sehari semalam)
1.1.3 Mengetahui peraturan sembahyang jemaah fardhu Jumaat. Bagi yang buka penganut beragama Islam mestilah mengetahui peraturan sembahyang diadakan seminggu sekali di Gereja, di Kuil dan sebagainya mengikut peraturan agama masing-masing.
4.2 Kesihatan dan Keselamatan
1. Mengetahui kebersihan fizikal dan serta menyatakan perlunya kebersihan diri,rumah dan persekitaran. Cara-cara pembuangan kotoran manusia dengan baik merupakan satu daripada hukum kesihatan yang utama seperti berludah, berkahak, membuang hingus, dan sampah di merata tempat akan mendatangkan bahaya dan pencemaran alam.
2. Mengetahui kelaziman yang menyebabkan kulit melecur,mengetahui kena sinaran cahaya matahari dan cara mengatasinya.
3. Mengetahui faedah senaman. Mengamalkan 6 Jenis senaman tradisi pengakap oleh B-P untuk ketahanan, kecekalan, dan ketrampilan meliputi pergerakan kepala, dada, pinggang, perut, punggung, peha, betis, kaki, tapak, tangan dan jari.
4. Mengetahui cara pernafasan tradisi pengakap oleh B-P. menarik nafas untuk udara ke dalam paru-paru dan dada.
5. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.
6. Mengetahui cara perawatan penyakit kulit separti Kudis, puru, panau, kurap dan gatal-gatal yang mudah berjangkit.
7. Menunjukkan bagaimana mencuci dan membulut jari yang luka, melecur, terkena api atau benda-benda yang panas.
8. Mengetahui bahaya aliran elekterik dan gas dan cara mengerakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti, seterika, kipas angina, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain.
9. Mengetahui bahaya menggunakan ubat tampa nasihat doctor.
10. Mengetahui kegunaanisi kandungan peti pertolongan cemas.
4.3 Kecekapan
Mengukuhkan pengetahui asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan:
4.3.1 Ke belakang pusing.
4.3.2 Buka Barisan.
4.3.3 Tutup Barisan
Mengukukan asas ikatan:
Buku Sila, Bunga Geti dan Simpul Sentak
Mengetahui cara memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera.
Mengetahui latihan asas untuk bermain bola tampar separti pukul mula cedok, hantaran paras atas kepala , hantaran cedok dan berlatihan bermain bola tamper.
ATAU
Mengetahui kemahiran asas untuk Permainan Pasukan: Kemahiran Rounders-cara memegang kayu pemukul, memukul, gaya lakuan pukul, memerangkap bola lerat. Latihan bermail Rounders.
Mengetahui cara mengekalkan keadaan fizikal. Panjat tali yang tingginya tidak melebihi 5 meter.
Memanjat mengguna kan tangan sahaja.
ATAU
Mengumpul sejarah keharmonian keluarga : Membuat buku Peringatan sejarah keluarga bermula dari datuk dan sebagainya; tarikh lahir, perkahwinan, kematian dan lain-lain.
Mengetahui kemahiran renang dan peraturan keselamatan di air. Keselamatan semasa turun di air, timbul tenggelam, cara menahan nafas, melucur, meniarap, gaya rangkak, gaya tangan atas kepala, gerak tangan, mengapung dan meniarap.
(Ingatan : Latihan ini dibuat di atas permukaan air yang dalamnya paras pinggang Pengakap Kanak-kanak dengan tujukcara dari pemimpinnya atau orang dewasa sebagai pembantuan.)
ATAU
Menjalankan satu tugas dengan berbasikal secara individu atau kumpulan :
(a) Mengepos surat
(b) Ke Balai Bomba
(c) Ke Klinik/Balai Polis/ Balai Penghulu.
4.4 Penyertaan
Mengetahui sifat khusus haiwan yang hidupan di udara dan di darat:-
1.1.1 Menyatakan sekurang-kurangnya nama 5 jenis burung dan sifatnya.
1.1.2 Catatkan nama burung-burung yang dapat dilihat setiap minggu dalam Buku Log berkenaan.
1.1.3 Menjejak burung ke sarangnya dan memerhati bagaimana burung membuat sarangnya dan menyatakan kepada pemimpin apa yang dilihatnya.
1.1.4 Menyediakan tempatan makan/miniman burung (Feeder).
Mengetahui keperluan tumbuhan untuk hidupan mendapatkan makanannya separtibahan pembinaan dari cahaya, air, karbon dioksida; Cara pengambilan air dan karbon dioksida, serta cara tumbuhan menyimpan mapanan. Menanam tomato, lada dalam kotak, dalam pasu, mengetahui cara pengadunantanah, pembajaan, dan penyiraman.
Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap karbohidrat, protein, vitamin dan garam galian.
3.3.1 Menyenaraikan 4 jenis kumpulan makanan yang dikehendaki oleh tubuh kita setiap sayuran, buahan, bijiran, protein bahan miniman air dari buah.
3.3.2 Mengetahui makanan seimbang dan bahan-bahannya.
3.3.3 Menghias meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta membersih dapur setelah digunakan.
Mengetahui Sains Komputer :
4.4.1 Keseronokan menggunakan computer dengan mengadakan lawatan bersama pemimpin kamu ke tempat computer sedang diguna. Sebab computer digunakan.
4.4.2 Permainan computer
4.4.3 Cara menghidupkan dan mematikan computer.
ATAU
4.4.1 Boleh mengucapkan ucapan “Hello”/Apa khabar dalam 10 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
4.4.2 Boleh menyebut angka 1 hingga 10 dalam 5 bahasa selain daripada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
5 Mengetahui penggunaan telephon awam/persendirian dengan menggunakan wang siling / Kad Uniphon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon.
6 Menembah simpanan wang di Bank Simpanan Nasional hingga sebanyak sekurang-kurang $5.00.
7 Menyertai satu kumpulan tarian/nasyid dan mencadang kan jenis pakaian untuk tarian/nasyid yang akan dipersembahkan.
4.5 Perkhidmatan
Mengumpulkan pakaian lama yang telah terpakai dan barang permain kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada yang memerlukannya.
Mengetahui cara menggunakan telephon, akhbar, TV / Radio, isyarat semaphore, isyarat kepulan asap, memukul gendang, kentun, wisel. (Pilih 3 sahaja)
Mendengar syarahan penceramah undang seperti Doktor Gigi / Jururawat. Pegawai Bomba,
Merinyu Polis dan lain-lain dan seterusnya mengadakan perbincang dengan ahli Pek tentang bagaimana Pek dapat membantu mereka dalam menjalankan kewajipan kepada masyarakat.
Menyediakan sebarang doa selamat untuk Pek dan membincangkannya dengan Pimimpin Pek.
Menyimpan akaun perbelajaan mingguan selama seminggu tentang bagaimana wang saku sendari dibelajar dalam Bank Simpanan Nasional.
Mengetahui cara memberi pertolong kepada seseorang di air dengan tangan, kaki, tuala, baju jeket, kayu, tali, dan sebagainya.
(Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan