guru sk serilalang

Selasa, 4 Ogos 2009

LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS

kecederaan pada tangan



pertolongan cemas kepada rakan yang cedera pada kaki


Pengakap Kanak-kanak SK Seri Lalang Kluang telah mengadakan satu latihan pertolongan cemas pada 27 Julai 2009.


Definisi Pertolongan Cemas ialah :Pertolongan cemas ialah pertolongan yang diberi kepada mangsa yang tercedera secara tiba-tiba sebelum ketibaan pakar.
Objektif Pertolongan Cemas
1. Menyelamatkan Nyawa
2. Mengelakkan Keadaan dari menjadi lebih teruk.
3. Memberi Kelegaan dan Keselesaan.
Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk
1. Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
2. Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
3. Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu.
Memberi kelegaan dan keselesaan
1. Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
2. Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
3. Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan